Welcome to Munif Hijjaz

Hotline0125550715

Al Manna Arabic Gum - 150gm

RM32.00

Status: Available

Al-Manna Arabic Gum Sumber Prebiotik yang Baik untuk Usus Arabic Gum merupakan sejenis getah yang keluar daripada pokok Acacia Senegal dan Acacia Sayel. Ia berbentuk kristal dan banyak di … read more

Quantity

Added: March 15th, 2020

Category:Produk Minuman

Al-Manna Arabic Gum Sumber Prebiotik yang Baik untuk Usus

Arabic Gum merupakan sejenis getah yang keluar daripada pokok Acacia Senegal dan Acacia Sayel. Ia berbentuk kristal dan banyak didapati di Sudan. Acasia Senegal menghasilkan gam arab yang terbaik dan biasanya digunakan sebagai makanan tambahan kesihatan di dalam industri-industri perubatan dan makanan. Acacia Seyal pula biasanya digunakan di dalam industri-industri lain.

 

Sependapat kumpulan ada mengatakan bahawa terdapat tafsir al-quran mengaitkan Al-manna yang disebut di dalam surah Al-Baqarah, ayat 57 merupakan Arabic Gum.

al-manna“Dan Kami naungi kalian dengan awan, dan Kami turunkan kepadamu (makanan yang bernama) ‘Manna’ dan ‘Salwa’. Makanlah makanan yang suci itu yang telah kami anugerahkan kepadamu. Dan tiadalah mereka menganiaya Kami, akan tetapi merekalah yang menganiayai diri mereka sendiri.” 

- Surah Al-Baqarah : 57

 

Antara Fakta Menarik Mengenai Arabic Gum (menurut kajian yang dilakukan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia) :

  • Arabic Gum mempunyai kandungan prebiotik yang tinggi, iaitu 85% - 87%. Ianya adalah 8 kali ganda lebih tinggi dari susu ibu.

  • Mengandungi semua asid amino penting yang diperlukan oleh badan.

  • Mengandungi 27% protein hydroxyproline yang baik untuk daya ingatan dan sumber kolagen.

  • Mempunyai kandungan kalsium 10 kali ganda susu lembu.

  • Untuk setiap 45g (3 sudu besar) gam arab, terkandung serat larut air melebihi 15 biji epal dan prebiotik melebihi 30 biji epal.  


Fungsi Prebiotik yang Terdapat dalam Al-Manna Arabic Gum

Al-Manna Arabic Gum, Diperkaya dengan Sumber Prebiotik Asli

Prebiotik adalah nutrisi (makanan) yang diperlukan oleh probiotikProbiotik pula adalah bakteria baik bagi usus dalam membantu saluran pencernaan manusia. Perkembangan Probiotik dalam saluran pencernaan dapat membantu menghalang pertumbuhan bakteria berbahaya di dalam badan. Tanpa probiotik, usus manusia akan dipenuhi bakteria berbahaya yang akan menyebabkan gangguan kesihatan dalaman di dalam sistem pencernaan. Pengambilan minuman yang tinggi sumber Prebiotik setiap hari akan membantu perkembangan Probiotiotik di dalam badan.


Antara Khasiat yang terkandung di dalam Arabic Gum pula adalah :

  • Menyelesaikan masalah sembelit dan buasir.
  • Meningkatkan sistem imunisasi badan. 80% imunisasi bergantung dari sistem usus, perkumuhan dan perut yang baik.
  • Kandungan Fibre yang tinggi, merendahkan kolesterol dan mengurangkan risiko menghidap penyakit jantung.
  • Melambatkan pertumbuhan sel kanser.
  • Melambatkan dan mengurangkan risiko kerosakkan buah pinggang akibat diabetes.
  • Membantu menurunkan paras kreatinin dan gula dalam darah untuk pesakit buah pinggan dan diabetes.
  • Sesuai dicampur ke dalam susu anak untuk meningkatkan tahap kesihatan dan imunisasi dari serangan demam dan pelbagai penyakit.